Friday, 19 September 2014

Bahasa Cina

Bahasa Cina membentuk sebahagian keluarga bahasa Sino-Tibet. Kira-kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur dalam suatu bentuk bahasa Cina sebagai bahasa ibunda, menjadikannya bahasa yang paling ramai orang di dunia yang menuturnya sebagai bahasa ibunda.
Kebanyakan pakar linguistik menggolongkan kesemua variasi bahasa Cina sebagai sebahagian famili bahasa Sino-Tibet, dan turut percaya bahawa terdapat satu bahasa kuno yang digelar Proto-Sino-Tibet, yang agak serupa dengan bahasa Proto-Indo-Eropah, daripada mana turunnya bahasa Sinitik dan Tibet-Burma. Hubungan antara Bahasa Cina dan bahasa Sino-Tibet yang lain merupakan satu kawasan kajian yang giat dijalankan, serta landasan percubaan membina semula bahasa Proto-Sino-Tibet. Kesukaran pertama dalam usaha ini adalah, apabila terdapat dokumentasi baik yang membolehkan kita untuk membina semula bunyi sebutan kuno bahasa Cina, namun tiadanya dokumentasi bertulis pembahagian antara bahasa Proto-Sino-Tibet dan Cina. Malah, kebanyakan bahasa yang membolehkan pembinaan semula Proto-Sino-Tibet agak kurang didokumentasi atau sukar difahami.
Terdapat tujuh golongan bahasa Cina yang paling dikenali, iaitu (menurut saiz populasi penuturnya):
Baru-baru ini, para pengkaji bahasa Cina juga dapat membezakan 3 lagi kumpulan daripada tujuh-tujuh kumpulan tersebut:
  • Jin dari Mandarin
  • Hui dari Wu
  • Ping yang sebahagiannya dari Kantonis
Terdapat juga banyak lagi golongan lebih kecil yang belum diklasifikasi, seperti: dialek Danzhou yang ditutur di Danzhou, Pulau Hainan; Xianghua, tidak patut dikelirukan dengan Xiang, yang ditutur di Hunan barat; dan Shaozhou Tuhua, yang ditutur di Guangdong utara. Bahasa Dungan yang ditutur di Asia Tengah, amat rapat dengan bahasa Mandarin. Namun, bahasa ini tidak dianggap sebagai dialek Cina kerana ditulis dalam abjad Cyrillic dan ditutur oleh penduduk-penduduk di luar China yang tidak dianggap sebagai orang Cina.

No comments:

Post a Comment