Saturday, 20 September 2014

Sejarah Negara China

Sejarah China tercatat dalam rekod-rekod sejarah tradisional yang wujud sejak dari zaman Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja pada sekitar 5,000 tahun dahulu, dan disokong oleh rekod-rekod arkeologi yang wujud sejak abad ke-16 SM. China merupakan salah satu tamadunberterusan yang tertua di dunia. Kulit kura-kura dengan tanda-tanda yang membangkitkan kenangan tulisan Cina kuno daripada Dinasti Shangwujud pada sekitar 1500 SM, mengikut pentarikhan karbon. Peradaban Cina berasal daripada negara-negara kota di lembah Sungai Kuning. Tahun 221 SM biasanya diterima sebagai tahun ketika China disatukan di bawah sebuah kemaharajaan besar atau empayarDinasti-dinastiberturut-turut dalam sejarah China telah mengembangkan berbagai-bagai sistem birokrasi untuk membolehkan maharaja China menguasai wilayah yang besar.
Shi Huang Di- Maharaja pertama yang
 bermulakan empayar China
                     
  
Sekitar 1800 SM, Dinasti Shang menaklukkan sebagian besar wilayah Cina dan memerintah negeri tersebut di bawah seorang kaisar. Sejak saat itu, sejarah Cina dicatat menurut dinasti-dinasti yang berkuasa. 

Pada 1100 SM Dinasti Chou menaklukkan Cina. Pada masa ini, yaitu sekitar 700 SM, para pandai besi Cina belajar membuat peralatan dan senjata dari besi. Masa tersebut juga merupakan zaman Konfusius. Namun, pada 481 SM Cina terpecah menjadi kerajaan-kerajaan kecil yang saling berperang. Kejadian ini adalah catatan sejarah Cina yang sangat penting. 

Pada 221 SM, Dinasti Ch’in berhasil menyatukan Cina kembali. Mereka bahkan membawa kejayaan Cina melebihi masa-masa sebelumnya. Bukti kebesaran Dinasti Ch’in masih bisa dilihat hingga saat ini, yaitu Tembok Besar Cina (bukti sejarah Cina yang mengagumkan). 

Dinasti Ch’in berumur pendek. Mereka digusur oleh Dinasti Han pada 202 SM. Dinasti Han meraih banyak keberhasilan. Mereka berdagang sepanjang Jalur Sutera dengan orang-orang Persia dan Romawi. Mereka juga menyerang India dan ketika kembali membawa ajaran Buddha ke Cina.

Pada 220 M, Cina kembali terpecah. Kali ini Cina terbagi menjadi tiga kerajaan.

Pada 581 M, seorang jenderal bernama Wen Ti berhasil menyatukan tiga kerajaan tersebut dan mendirikan Dinasti Sui. Putra Wen Ti, Yang Ti, memerintahkan penggalian kanal besar yang menghubungkan Sungai Kuning dan Sungai Yangtze. Namun, Yang Ti terbunuh pada 618 M, dan penguasa berikutnya mendirikan Dinasti Tang.

Istana Da Ming pada Dinasti Tang
Pada 618 M, di bawah Dinasti Tang, kota-kota di Cina mulai tumbuh. Pajak dan perdagangan diorganisasi dengan lebih baik. Wilayah Cina makin luas, dan bahkan lebih luas daripada Cina saat ini. Namun, sejumlah perang saudara melemahkan Dinasti Tang. 

Pada 960 M, Dinasti Sung mengambil alih Cina. Mereka menghadapi banyak masalah, di antaranya penyerbu dari Asia Tengah yang mengganggu Jalur Sutera. Para pedagang kemudian beralih ke selatan, yaitu India.

Pada 1279 M, bangsa Mongol menyerbu dari Asia Tengah dan menaklukkan Cina. Bangsa Mongol memerintah Cina di bawah Genghis Khan dan dilanjutkan oleh Kublai Khan. Mereka mendirikan Dinasti Yuan, yang daerah kekuasaannya meliputi Asia Tengah, India, Asia Barat, dan Eropa Timur. Namun, pada 1330 M, penduduk yang mendiami wilayah Kekaisaran Mongol terserang wabah penyakit. Kerajaan Mongol pun tercerai-berai.

Sejarah Cina menyebutkan bahwa Dinasti Ming mengambil alih kekuasaan pada 1368 M. Dinasti Ming mencapai puncak kekuasaannya pada awal abad ke-15. Pasukan Cina kembali menaklukkan Annam, wilayah Vietnam saat ini. 

Sementara itu, armada laut Cina berlayar mengarungi Laut Cina dan Samudra Hindia. Mereka menjelajahi lautan hingga pantai timur Afrika. Dinasti Ming melemah akibat perang berkepanjangan melawan bangsa Mongol dan penyerangan kota-kota pesisir oleh bangsa Jepang.

Pada 1644 M, orang-orang Manchu merebut Beijing dan mendirikan dinasti kekaisaran terakhir, Dinasti Qing. Penguasa Manchu meluaskan pengaruhnya hingga ke Xinjiang, Tibet, dan Mongolia.

Namun, pada abad ke-18 kekuasaan Dinasti Qing mulai melemah. Cina terlibat dalam Perang Candu melawan Inggeris pada 1840 M. Cina bahkan harus menyerahkan Hong Kong kepada Inggris pada 1842 M.
Perang Candu pada 1840M.
 
Penguasa Dinasti Qing juga harus menghadapi beberapa pemberontakan, di antaranya Pemberontakan Taiping, Nien, Panthay, dan Boxer. Akhirnya, Revolusi 1911 M yang dipimpin Sun Yat-sen menjungkalkan Dinasti Qing dan mengakhiri monarki feodal Cina yang telah berusia 2.000 tahun.

Republik Cina


Republik China
Pada 12 Maret 1912, pemerintahan sementara Republik Cina terbentuk di Nanjing. Sun Yat-sen terpilih sebagai presiden. Namun, sebagai bagian dari perjanjian agar penguasa Qing mau mundur, Sun Yat-sen terpaksa menyerahkan kekuasaan kepada Yuan Shikai, mantan perdana menteri pemerintahan Qing. Inilah awal mula sejarah Cina yang berhubungan dengan pembentukan Republik Cina. 

Khawatir akan timbulnya pemberontakan, Yuan Shikai mundur pada Maret 1916 dan meninggal pada Juni di tahun yang sama. Kosongnya kekuasaan mengakibatkan Cina tercerai-berai. Setiap wilayah menjadi daerah kekuasaan panglima-panglima perang yang saling bersaing.

Friday, 19 September 2014

Karya Klasik Bahasa Cina

Teks-teks klasik Cina, atau teks-teks kanun Cina, pada hari kerap merujuk pada teks-teks Cina pra-Qin, terutamanya karya-karya aliran Neo-Confucianisme Four Books and Five Classics, satu pilihan buku-buku dan bab-bab pendek dari himpunan berjilid besar yang dipanggil Thirteen Classics. Semua teks-teks pra-Qin ini ditulis dalam bahasa Cina klasik. Sebagai kanun karya-karya itu dirujuk serentak sebagai jing.
Dalam pengertian yang lebih luas, teks-teks klasik Cina mungkin merujuk pada teks-teks yang ditulis dalam bahasa Cina vernakular atau bahasa Cina klasik yang wujud sebelum tahun 1912, apabila dinasti terakhir empayar China, Dinasti Qing jatuh.
Four Books and Five Classics
Pada zaman Dinasti Ming dan Qing, Four Books and Five Classics menjadi subjek pengajian wajib bagi sarjana Confucianisme yang ingin menjadi pegawai kerajaan. Sebarang perbincangan politik penuh dengan rujukan pada karya-karya ini, dan seseorang tidak akan menjadi sarjana atau pegawai tentera sekalipun tanpa memiliki pengetahuan tentang karya-karya ini. Pada umumnya, kanak-kanak pada awalnya mempelajari aksara Cina dengan menghafaz Three Character Classic dan Hundred Family Surnames, kemudian menghafaz karya-karya klasik yang lain untuk meningkatkan status diri dalam hierarki sosial.
Kesarjanaan mengenai teks-teks ini biasanya terbahagi kepada dua tempoh masa, sebelum dan selepas "Api Qin", apabila banyak teks-teks asal, terutamanya yang berkaitan dengan Confucianisme terbakar dalam satu pembersihan politik.
  • Karya klasik ConfucianismeSì Shū (四書, Empat Kitab)Dà Xué (大学, Pelajaran Agung), satu bab dari Lǐjì (礼记, Catatan Adat).
  • Zhōng yōng (中庸, Ajaran Tengah), bab lain dari Lǐjì.
  • Lún Yǔ (论语, Kata-kata Perbahasan), sebuah karya 20 bab tentang perbualan antara Confucius dan anak muridnya yang dicatatkan oleh sarjana Confucianisme terkemudian.
  • Mengzi (孟子, Mencius), sebuah buku tentang babad dan perbualan Mencius .
  • Wŭ Jīng (五经, Lima Karya Klasik)
    • I Ching (易经, Klasik Perubahan), sebuah manual wahyu berasaskan alapan trigram yang disandarkan pada tokoh mitos Fuxi (pada zaman Confucius lapan trigram ini telah berganda menjadi 64 heksagram). I Ching masih digunakan oleh penganut-penganut moden agama nenek moyang.
    • Shī Jīng (詩經, Klasik Puisi) terdiri daripada 305 puisi yang dibahagikan kepada 160 buah lagu-lagu rakyat, 74 buah lagu-lagu kecil perayaan yang secara tradisi dinyanyikan di perayaan-perayaan istana, 31 buah lagu-lagu utama perayaan yang dinyanyikan pada keraian-keraian istana yang lebih serius, dan 40 buah him dan eulogi yang dinyanyikan pada majlis pengorbanan pada dewa-dewa dan roh nenek moyang di kediaman diraja. Buku ini secara tradisi dikatakan sebagai salah satu karangan Confucius. Satu versi standard yang berjudul Maoshi Zhengyi, dikarang pada pertengahan kurun ke-7 di bawah pimpinan Kong Yingda.
  • Three Rites ialah tiga buah teks-teks upacara kuno yang disenaraikan dalam karya-karya klasik Confucianisme, satu catatan mengenai bentuk-bentuk sosial dan keraian era Zhou Barat, dan satu pembaikpulihan salinan asal selepas pembakaran teks-teks Confucianisme pada tahun 213SM.
    • Lǐjì (礼记, Catatan Adat)
    • Zhōulǐ (周礼, Adat Zhou)
    • Yili (仪礼, Tatasusila dan Adat)

Bahasa Cina

Bahasa Cina membentuk sebahagian keluarga bahasa Sino-Tibet. Kira-kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur dalam suatu bentuk bahasa Cina sebagai bahasa ibunda, menjadikannya bahasa yang paling ramai orang di dunia yang menuturnya sebagai bahasa ibunda.
Kebanyakan pakar linguistik menggolongkan kesemua variasi bahasa Cina sebagai sebahagian famili bahasa Sino-Tibet, dan turut percaya bahawa terdapat satu bahasa kuno yang digelar Proto-Sino-Tibet, yang agak serupa dengan bahasa Proto-Indo-Eropah, daripada mana turunnya bahasa Sinitik dan Tibet-Burma. Hubungan antara Bahasa Cina dan bahasa Sino-Tibet yang lain merupakan satu kawasan kajian yang giat dijalankan, serta landasan percubaan membina semula bahasa Proto-Sino-Tibet. Kesukaran pertama dalam usaha ini adalah, apabila terdapat dokumentasi baik yang membolehkan kita untuk membina semula bunyi sebutan kuno bahasa Cina, namun tiadanya dokumentasi bertulis pembahagian antara bahasa Proto-Sino-Tibet dan Cina. Malah, kebanyakan bahasa yang membolehkan pembinaan semula Proto-Sino-Tibet agak kurang didokumentasi atau sukar difahami.
Terdapat tujuh golongan bahasa Cina yang paling dikenali, iaitu (menurut saiz populasi penuturnya):
Baru-baru ini, para pengkaji bahasa Cina juga dapat membezakan 3 lagi kumpulan daripada tujuh-tujuh kumpulan tersebut:
  • Jin dari Mandarin
  • Hui dari Wu
  • Ping yang sebahagiannya dari Kantonis
Terdapat juga banyak lagi golongan lebih kecil yang belum diklasifikasi, seperti: dialek Danzhou yang ditutur di Danzhou, Pulau Hainan; Xianghua, tidak patut dikelirukan dengan Xiang, yang ditutur di Hunan barat; dan Shaozhou Tuhua, yang ditutur di Guangdong utara. Bahasa Dungan yang ditutur di Asia Tengah, amat rapat dengan bahasa Mandarin. Namun, bahasa ini tidak dianggap sebagai dialek Cina kerana ditulis dalam abjad Cyrillic dan ditutur oleh penduduk-penduduk di luar China yang tidak dianggap sebagai orang Cina.